Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dressel sedia lakar sejarah di Paris

    LOS ANGELES, 20 JUN – Caeleb Dressel tidak akan mempertahankan kejuaraan 100 meter (m) gaya bebasnya pada Sukan Paris bulan depan selepas menamatkan saingan di tempat ketiga pada perlawanan akhir semasa ujian renang Olimpik Amerika Syarikat (AS) kelmarin, tetapi bersedia untuk melakar sejarah bagi acara renang berganti-ganti.

    Dressel telah memenangi lima emas di Tokyo pada 2021, termasuk 50m dan 100m gaya bebas, dan 100m gaya kupu-kupu.

    Dia mencatatkan rekod kerjayanya dengan tujuh emas Olimpik, tetapi meninggalkan sukan itu secara tiba-tiba pada 2022 dan muncul kembali semula selepas berehat selama sembilan bulan.

    Dalam ujian renang AS, hanya dua penamat teratas dalam setiap acara akan menempa tempat di Olimpik, di mana Dressel telah tersingkir apabila Chris Guiliano menang dalam acara 100m gaya bebas dengan 47:38 dan Jack Alexy meraih tempat kedua dengan 47:47.

    Dressel berada di tempat ketiga dengan 47:53, tidak cukup pantas untuk mempertahankan kejuaraannya di Paris tetapi meletakkan dirinya untuk mencatat rekod dunia dalam gaya campuran bagi acara renang 4x100m berganti-ganti.

    “Saya tidak fikir kami mengelak daripadanya. Saya fikir rekod dunia adalah purata 47.3, jadi kami mempunyai peluang untuk itu,” katanya.

    Acara renang 100m gaya bebas itu adalah acara pertama Dressel dalam ujian di Stadium Lucas Oil di Indianapolis, Indiana.

    Perenang berusia 27 tahun itu masih mempunyai peluang untuk acara 50m gaya bebas dan 100m gaya kupu-kupu yang akan datang ketika dia cuba untuk kembali semula ke puncak prestasinya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 12 Mei 2023 menunjukkan Dressel semasa acara renang 100m gaya kupu-kupu lelaki semasa perlawanan akhir Speedo Atlanta Classic di Atlanta. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda