Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dryburgh kekal tenang untuk menang

    OTSU, JEPUN, 8 NOV – Gemma Dryburgh merupakan pemain Scotland pertama yang menang Jelajah LPGA sejak 2011, dan kekal tenang untuk merangkul kejuaraan dengan empat pukulan dalam Klasik Jepun LPGA, baru-baru ini.

    Pemain ranking ke-199 itu membuat tujuh birdie tanpa sebarang bogey pada pusingan terakhir untuk memenangi gelaran juara buat kali pertama dalam Jelajah LPGA.

    Kali terakhir pemain Scotland menang jelajah ini adalah pada Kejohanan Jemputan Lorena Ochoa 2011 yang dimenangi oleh Catriona Matthew.

    Dryburgh memulakan permainan dengan satu pukulan di belakang pendahulu, Momoka Ueda, namun tamat dengan 65 pukulan untuk meletakkannya 20 bawah keseluruhan.

    Pemain berusia 29 tahun itu berkata memenangi kejohanan merupakan agak ‘luar biasa’, namun dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tertekan apabila hadiah perlawanan semakin menghampiri.

    “Saya tak sangka akan berasa tenang seperti ini,” kata Dryburgh, yang menamatkan pukulannya dengan birdie.

    “Bila saya bayangkan momen ini, saya fikir saya akan menjadi terlalu gementar, betul saya tak tipu. Tetapi saya tak sangka saya begitu tenang, sejujurnya.” – AFP

    Reaksi pemain golf dari Scotland, Gemma Dryburgh bersama trofi kemenangan semasa hari terakhir kejohanan golf Klasik Jepun LPGA di Otsu, wilayah Shiga. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...