Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dua bot hanyut di Laut Andaman, 400 Rohingya perlukan bantuan

    BANGKOK, 5 DIS – Dianggarkan 400 Rohingya yang dipercayai menaiki dua bot yang hanyut di Laut Andaman tanpa bekalan yang mencukupi boleh mati jika usaha lebih lanjut tidak dilakukan untuk menyelamatkan mereka, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pekerja bantuan.

    Bilangan Rohingya yang melarikan diri dengan bot dalam penghijrahan bermusim – biasanya dari kem pelarian yang sesak di Bangladesh telah meningkat sejak tahun lalu disebabkan pemotongan bekalan makanan dan peningkatan keganasan kumpulan gangster.

    “Terdapat kira-kira 400 kanak-kanak, wanita dan lelaki yang berdepan dengan maut jika tidak ada usaha untuk menyelamatkan jiwa-jiwa yang terdesak ini,” kata Babar Baloch, jurucakap serantau agensi yang berpangkalan di Bangkok, kepada The Associated Press.

    Kedudukan bot yang lain tidak jelas.

    Bot itu nampaknya berlepas dari Bangladesh dan dilaporkan berada di laut selama kira-kira dua minggu, katanya.

    Kapten salah satu bot, yang dihubungi AP, berkata dia mempunyai 180 hingga 190 orang di dalamnya. Mereka kehabisan makanan dan air serta enjinnya rosak. Kapten itu, yang memberikan namanya sebagai Maan Nokim, berkata dia bimbang semua penumpang akan mati jika mereka tidak menerima bantuan.

    Pada Ahad, Nokim berkata bot itu berada 320 kilometer dari pantai barat Thailand.

    Jurucakap tentera laut Thailand, menghubungi kelmarin, berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai bot tersebut. – AP

    Etnik Rohingya turun dari bot mereka apabila mendarat di pantai di Ulee Madon, Aceh Utara, Indonesia pada 16 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...