Sunday, September 22, 2024
34.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua jaringan Diaz lonjak Liverpool pendahulu liga

    LIVERPOOL, 23 SEPT – Luis Díaz menjaringkan dua gol dalam masa dua minit semasa menewaskan Bournemouth 3-0 seterusnya melonjakkan Liverpool ke puncak Liga Perdana Inggeris kelmarin.

    Pasukan Arne Slot mendahului Manchester City dengan perbezaan gol sahaja dan juara bertahan itu memerlukan keputusan seri di tempat sendiri menentang Arsenal dalam perlawanan besar malam ini untuk merampas semula tempat pertama.

    Hari senyap yang jarang berlaku kepada Mohamed Salah juga semasa Díaz menjaringkan gol dari kedua-dua belah kaki untuk mempamerkan kemahiran penyudahnya tersendiri di Anfield.

    Penyerang Colombia itu mengejar hantaran jauh dari pemain pertahanan Ibrahima Konaté, sebelum mengawal bola dengan baik dengan pinggangnya ketika dia berpusing, dan kemudian merembat melepasi penjaga gol Kepa ke sudut kiri bawah pada minit ke-28.

    Itu adalah jaringan dengan kaki kanannya, gol keduanya pula dari kaki kirinya pada minit ke-30.

    Liverpool bermula serangan dari bahagian tengah dan Trent Alexander-Arnold berlari ke hadapan sebelum menghantar bola kepada Díaz di dalam kotak penalti sebelah kiri dan dia melakukan jaringan dengan kemas melepasi Kepa.

    Darwin Núñez pula menjaringkan gol ketiga pada minit ke-37. Mengambil bola dari kanan semasa dia melihat untuk membuat hantaran lintang, sebelum mengubah fikirannya dan melencongkan rembatan ke tiang kiri mencecah jaring menjadikan kemenangan 3-0. – AP

    Luis Diaz menjaringkan gol kedua menentang Bournemouth, di Anfield, Liverpool, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda