Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dua muzium UK pulangkan artifak emas dan perak ke Ghana

    LONDON, 25 JAN – Dua muzium British akan mengembalikan artifak emas dan perak ke Ghana melalui perjanjian pinjaman jangka panjang – 150 tahun selepas barang-barang tersebut dirampas daripada orang Asante semasa pertempuran kolonial Britain di Afrika Barat.

    Muzium British dan Muzium Victoria & Albert di London, bersama dengan Muzium Istana Manhyia di Ghana, hari ini mengumumkan kerjasama ‘budaya yang penting’, yang mengetepikan undang-undang UK yang melarang pemulangan khazanah budaya ke negara asal mereka.

    Undang-undang tersebut telah digunakan untuk menghalang Muzium British daripada mengembalikan Parthenon Marbles, juga dikenali sebagai Elgin Marbles, ke Greece.

    Kira-kira 17 item secara keseluruhannya terlibat dalam perjanjian pinjaman ini, termasuk 13 objek perhiasan diraja Asante yang dibeli oleh V&A dalam lelongan pada tahun 1874.

    Barangan-barangan tersebut diperoleh oleh muzium setelah dirampas oleh tentera British semasa perang Anglo-Asante pada tahun 1873 hingga 1874 dan 1895 hingga 1896.

    “Objek-objek ini mempunyai kepentingan budaya, sejarah dan agama kepada orang Asante. Ia juga dikaitkan dengan sejarah kolonial British di Afrika Barat, dengan banyak daripadanya dirampas dari Kumasi semasa perang Anglo-Asante pada abad ke-19,” kata muzium-muzium itu dalam satu kenyataan. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...