Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Polis Sepanyol musnahkan makmal ekstasi gergasi

    MADRID, 25 JAN – Sebuah makmal besar yang menghasilkan ekstasi telah dimusnahkan di pinggir Valencia, kata polis Sepanyol kelmarin.

    Dalam satu adegan yang mungkin disiarkan dalam siri televisyen Amerika Syarikat, Breaking Bad, polis menyerbu masuk selepas tercium bau bahan kimia, menyaksikan tong plastik besar keluar masuk, serta melihat orang ramai memakai topeng industri dan menukar pakaian ketika mereka keluar dari sebuah bangunan di pinggir bandar berbukit dan berhutan di bandar pantai itu.

    Pada 17 Januari, polis membuat 12 tangkapan dan merampas 1,900 liter MDMA, atau ekstasi, 1,000 liter bahan kimia lain untuk membuat ekstasi dan 1,000 liter sisa bahan kimia.

    Polis berkata mereka menemui decanter, ketuhar, tabung uji, penimbang tepat dan peralatan perlindungan.

    Bahan yang dirampas itu cukup untuk menghasilkan lebih daripada dua tan amfetamin, kata polis.

    Daripada 12 tangkapan tersebut, empat telah dipenjarakan.

    Selain daripada menjadi ahli organisasi jenayah dan menghasilkan produk haram, mereka yang ditangkap juga disiasat atas jenayah alam sekitar kerana telah membuang sisa bahan kimia yang tidak dirawat ke alam semula jadi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...