Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Duta baharu M’sia ke Indonesia akan tiba di Jakarta awal Mac

    JAKARTA, 12 FEB – Duta baharu Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dijangka tiba dan memulakan tugas rasminya di sini hujung bulan Februari atau awal Mac, menurut seorang pegawai.

    Kuasa Usaha Kedutaan Besar Malay-sia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq berkata Syed Md Hasrin sebelum ini pernah berkhidmat di beberapa negara termasuk Indonesia sebagai timbalan ketua misi dari 2010 hingga 2013.

    Jawatan terakhir beliau ialah wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

    “Kita akan maklumkan kehadiran beliau di Jakarta ke Kementerian Luar Negeri Indonesia supaya satu tarikh ditetapkan bagi penyerahan watikah pelantikan kepada Presiden Joko Widodo,” kata Adlan.

    Diplomat itu ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina, yang dihoskan oleh Malaysia Chambers Jakarta (MCJ) pada Sabtu.

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia di Istana Negara pada 9 Februari lalu.- Bernama

    Sejurus tiba di Jakarta, Syed Md Hasrin akan diberi taklimat oleh 11 agensi kerajaan mengenai aktiviti serta fokus substantif yang dijalankan di sini, kata Adlan.

    Perkara yang akan diberi perhatian ialah tenaga kerja, pengukuhan kerjasama kedua negara dalam bidang kelapa sawit dan isu tertunggak membabitkan persempadanan maritim serta lain-lain.

    Syed Md Hasrin menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 9 Februari.

    Ditanya mengenai pelantikan Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta susulan kekosongan jawatan berkenaan sejak hampir setahun, beliau berkata perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

    “Nama telah diperoleh dan seorang ‘career diplomat’ akan diberi tauliah oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada masa terdekat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...