Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri

    TAWAU, 4 DIS – Mahkamah Tinggi di Tawau hari memerintahkan seorang mekanik membela diri atas pertuduhan mengedar dadah hampir 200 kilogram dadah pada 2021.

    Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng membuat keputusan itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

    Tai didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 199,950.1 gram di Kampung Batu Payung, Tawau, pada 7:30 pagi, 6 September 2021.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

    Seramai lima saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan pada 27 dan 28 November lepas.

    Mahkamah menetapkan esok (5 Disember) untuk tertuduh membela diri.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Acok. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...