Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ejen tiket penerbangan tipu pelanggan kena penjara

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Seorang ejen tiket penerbangan yang berdepan pertuduhan menipu dan memalsukan tiket penerbangan pelanggannya telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memutuskan hukuman itu terhadap Zufri bin Mohd Jair, 50, yang mengaku bersalah atas tuduhan yang dilakukannya pada tahun 2015.

    Dia juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak $5,590 dalam tempoh sebulan dan jika gagal akan berdepan tambahan tiga bulan penjara.

    Zufri yang ketika itu bekerja di JB Travel dan Agensi Insurans didakwa menipu beberapa orang pelanggannya dengan memperdayakan mereka yang dia boleh mengeluarkan tiket penerbangan yang sah untuk mereka.

    Jika pelanggan bersetuju dengan harga yang disebutkan, tertuduh kononnya, akan memeriksa harga tiket melalui laman sesawang dan akan membelinya melalui atas talian.

    Tertuduh kemudian akan menyerahkan e-tiket yang kononnya dikeluarkan oleh Royal Brunei Airlines (RB) dan Air Asia selepas menerima pembayaran daripada pelanggan.

    Perbuatan tertuduh terbongkar apabila salah seorang pelanggannya pergi ke Ibu Pejabat RB untuk membuat pertanyaan mengenai tiketnya, dan hanya untuk mengetahui bahawa namanya tidak tersenarai dalam penerbangan.

    Siasatan polis mendapati tiket yang dikeluarkan oleh tertuduh kepada pelanggannya antara Februari hingga Jun 2015 adalah sama ada tidak berdaftar, milik orang lain atau tidak sah. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Siti Aisyah binti Haji Lakim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda