Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ekonomi Indonesia catat pertumbuhan lembap

    JAKARTA, 5 FEB – Pertumbuhan ekonomi Indonesia menjadi perlahan tahun lalu berikutan eksport yang lemah didorong oleh harga komoditi yang lebih rendah, menurut data rasmi yang keluar hari ini.

    Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu berkembang 5.05 peratus, melebihi unjuran kerajaan tetapi menurun daripada 5.3 peratus pada 2022, kata Statistik Indonesia.

    Pertumbuhan suku keempat mencecah 5.04 peratus, lebih baik sedikit daripada tempoh yang sama pada 2022.

    Penggunaan domestik merupakan pemacu utama ekonomi, mengimbangi eksport yang lembap, kata pemangku Ketua Statistik Indonesia, Amalia Adininggar Widyasanti.

    “Penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) termasuk penggunaan isi rumah, juga meningkat 4.82 peratus,” beritahu Widyasanti kepada pemberita sambil menambah pelaburan juga berkembang.

    Pemandangan udara menunjukkan kenderaan milik peniaga tekstil dan pakaian ketika mereka menjual produk mereka di sebidang tanah di Jakarta kelmarin. – AFP

    Eksport meningkat hanya 1.32 peratus pada tahun itu, manakala import menguncup 1.65 peratus, menurut data.

    Ahli ekonomi mengingatkan tentang kemelesetan selanjutnya dalam pertumbuhan pada bulan-bulan akan datang ketika Jakarta mengetatkan dasar monetari dan permintaan komoditi terus lemah.

    “Ramalan kami bahawa pertumbuhan dalam ekonomi maju akan bergelut dan harga komoditi akan kekal lemah menunjukkan bahawa eksport akan kekal lemah,” kata Ankita Amajuri di Capital Economics.

    “Kami fikir ekonomi akan bergelut pada suku akan datang.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...