Monday, February 26, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lalat askar hitam sumber alternatif utama makanan ternakan

    KAJANG, 5 FEB – Penggunaan larva lalat askar hitam atau black soldier fly (BSF) sebagai sumber alternatif utama makanan ternakan mampu mengurangkan kebergantungan import negara terhadap bahan berkenaan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

    Beliau berkata satu penyelidikan berkaitan penggunaan larva tersebut bagi industri ternakan negara sedang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd.

    “Ini kerana larva lalat tersebut mempunyai kandungan protein tinggi dan sesuai untuk dijadikan makanan ternakan bagi menggantikan bahan makanan ternakan yang kita import.

    “Penyelidikan ini berpotensi bagi merintis penyelesaian makanan ternakan bercirikan antimikrob dan tahap nutrisi tinggi bagi menyumbang kepada sektor makan dan akuakultur yang mampan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) menandakan komitmen bersama FELDA dan Abeco Nature Science dalam penyelidikan itu yang dijangka siap dalam tempoh kurang daripada dua tahun. 

    Menurutnya, alternatif itu juga merupakan antara usaha ke arah menjamin keselamatan dan kemampanan makanan negara, selain dapat membantu menstabilkan harga makanan serta menggalakkan sektor pertanian yang berdaya tahan. – Bernama

    Chang Lih Kang (dua, kanan) melawat ruang pameran sempena Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd di sebuah hotel, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan tetapkan Khamis hari terakhir doktor mogok kembali bekerja

    SEOUL, 26 FEB - Kerajaan Korea Selatan memberi doktor muda yang mogok empat hari untuk melaporkan diri ke tempat kerja, dengan berkata hari ini...