Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hukuman penjara ditambah 4 tahun

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Seorang lelaki tempatan yang sedang menjalani hukuman penjara 19 bulan diperintahkan menjalani hukuman empat tahun lagi atas kesalahan berkaitan curi yang diakuinya, Sabtu lalu.

    Ampuan Abdul Wali Al-Wali bin Ampuan Abdul Rahman pada mulanya menuntut dibicarakan terhadap pertuduhan itu, namun berubah fikiran dan mengaku bersalah atas dua pertuduhan berurusan dengan harta curi, iaitu jam tangan mewah dan jet air pada Ogos dan Oktober 2023.

    Pendakwa Raya Ahmad Firdaus bin Mohammad mendedahkan bahawa pemilik menyedari barangan mereka hilang dan membuat laporan polis sehingga membawa kepada penemuan barang-barang berkenaan dalam simpanan defendan di rumahnya.

    Hakim Harnita Zelda Skinner selanjutnya mendengar bahawa defendan mengetahui bahawa barang-barang itu adalah harta curi.

    Dia telah menemani orang lain dalam pembelian jam tangan itu dan membantu dengan menyimpannya.

    Defendan membeli sendiri jet air itu, walaupun mengetahui bahawa ia adalah harta curi.

    Hukuman penjara 19 bulan defendan adalah bagi kesalahan yang dilakukannya pada Ogos dan September 2023, di mana dia telah mencuri kereta, melarikan diri daripada polis kerana disyaki dan menukar nombor plat kereta curi itu untuk mengelak dikesan.

    Mahkamah mempertimbangkan rekod lampau defendan mengenai kesalahan terhadap harta semasa menjatuhkan hukuman.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...