Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elon musk sertai kempen Trump di Butler

    WASHINGTON, 6 OKT – Calon presiden Parti Republikan, Donald Trump kelmarin membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler, Pennsylvania lokasi cubaan membunuhnya pada pertengahan Julai, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Musk menyuarakan banyak perkara yang digunakan oleh Trump dan gandingannya, JD Vance.

    Usahawan teknologi yang memulakan Tesla dan Space X serta memiliki platform media sosial X itu menyifatkan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 5 November ini sebagai “pilihan raya paling penting dalam hidup rakyat.”

    “Pihak satu lagi mahu merampas kebebasan bersuara awda. Mereka mahu mengambil hak awda untuk memiliki senjata,” katanya kepada orang ramai, sambil menambah “mereka mahu merampas hak awda untuk mengundi.”

    Di lokasi perhimpunan di Butler, seorang lelaki Pennsylvania berusia 20 tahun melepaskan tembakan ke arah bekas presiden itu semasa kempen pilihan raya, mencederakannya di telinga kanan. Penyerang itu ditembak mati oleh pasukan keselamatan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda