Monday, June 17, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Emirates penaja utama Piala NBA

    NEW YORK, 8 FEB – Kejohanan Dalam Musim NBA, yang diperkenalkan pada November lalu dengan sambutan hebat, akan dinamakan semula sebagai Piala NBA dengan Emirates yang berpangkalan di Dubai sebagai penaja utama di bawah perkongsian pemasaran baharu, demikian menurut liga tersebut hari ini.

    Kejohanan itu, yang dimenangi oleh Los Angeles Lakers, menyaksikan kesemua 30 kelab bersaing dalam format ala Piala Dunia dengan peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati, membawa kepada kemenangan Lakers ke atas Indiana pada perlawanan akhir Disember lalu di Las Vegas.

    Perjanjian baharu NBA itu juga menjadikan Emirates sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan global liga tersebut dan akan menyaksikan lambang Emirates diletakkan pada semua jersi pengadil bermula dengan perlawanan NBA All-Star pada 18 Februari di Indianapolis dan pada semua jersi pengadil NBA Wanita bermula pada kempen 2025.

    Pasukan-pasukan NBA memulakan musim dengan rekod 125 pemain antarabangsa.

    Kehadiran penonton secara fizikal dan jumlah tontonan televisyen melonjak untuk permainan awal bagi Kejohanan Dalam Musim, membawa kepada rekod kehadiran NBA untuk perlawanan November lalu. Liga tersebut dijangka berjaya memecahkan rekod kehadiran keseluruhan musim yang ditetapkan musim lalu.

    Perlawanan akhir Disember lalu merekodkan penglibatan global yang paling hebat yang pernah terjadi pada NBA League Pass.

    Selain Piala NBA, Emirates juga mempunyai hubungan kerjasama dengan sukan lain termasuk gergasi bola sepak Real Madrid, AC Milan dan Arsenal; Piala Dunia Ragbi, Jelajah ATP tenis dan Jelajah DP World golf. – AFP

    Aksi Tyrese Maxey dari Philadelphia 76ers (tengah), menentang Stephen Curry dan Klay Thompson dari Golden State Warriors semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA pada 7 Februari 2024 di Philadelphia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Doktor di Korea rancang mogok baharu

    SEOUL, 16 JUN - Krisis penjagaan kesihatan di Korea Selatan kelihatan semakin meruncing, dengan profesor perubatan dan doktor merancang mogok umum minggu ini, mendorong...