BEIJING, 25 DIS – Terdapat empat bandar lagi yang baru terpilih untuk bersama Beijing menghoskan Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 anjuran Kumpulan Media China (CMG) iaitu Chongqing, Wuhan di provinsi Hubei, Lhasa di wilayah Xizang dan Wuxi di provinsi Jiangsu. Keputusan itu diwartakan kelmarin.
Komponen utama Malam Gala TBC 2025 di ibu kota Beijing dan komponen lain di keempat-empat bandar itu dijangka akan bersama-sama menghidangkan ‘jamuan malam’ yang meriah dari segi kebudayaan kepada kalangan penonton di seluruh dunia pada malam terakhir menjelang TBC 2025.
Seorang petugas Pusat Program Kebudayaan dan Kesenian CMG, Zhang Guofei menyatakan bahawa Malam Gala TBC arahan CMG tahun ini merupakan edisi pertama selepas item adat resam TBC tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Sedunia.
Kalangan penonton di persada dunia boleh terus mendapat pendedahan yang mengujakan tentang daya tarikan kebudayaan Cina melalui Malam Gala TBC ‘tahun ular.’
Keempat-empat bandar, Chongqing, Wuhan, Lhasa dan Wuxi sebagai penganjur bersama masing-masing akan mempersembahkan program warisan tempatan yang mencerminkan aura dan landskap yang tersendiri. – Bernama