Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Empat daripada 6 penumpang pesawat nahas ditemukan selamat

    KABUL, 22 Jan – Empat daripada enam penumpang termasuk juruterbang ditemukan masih hidup kelmarin selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di timur laut Afghanistan, kata pentadbiran Taliban.

    Dalam satu kenyataan di X, jurucakap pentadbiran sementara Taliban, Zabihullah Mujahid berkata pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah Badakhshan telah dijumpai di kawasan Aruz Koh di daerah Kuf Ab, lapor agensi berita Anadolu.

    Beliau berkata pasukan penyiasat sedang mengesan dua lagi penumpang pesawat malang itu.
    Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia (Rosaviatsiya) yang merujuk kedutaan Rusia di Afghanistan berkata jet peribadi Falcon 10 yang terhempas telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat tempatan.

    Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan Rusia berkata pesawat dengan enam orang penumpang merupakan penerbangan sewa khas dari India melalui Uzbekistan ke Moscow.

    Pihak berkuasa Rusia berkata pesawat itu, sebuah jet Dassault Falcon 10 buatan Perancis dan berdaftar di negara berkenaan dan hilang daripada skrin radar di Afghanistan pada petang Sabtu. – Bernama

    Gambar ANN-The Nation Thailand
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...