Tuesday, October 1, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat mahasiswi UNISSA ikuti program ACL+ di Terengganu

    Oleh Yusoff Omar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 01 OKT – Empat mahasiswi Fakulti Undang-undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah (FUUSHHB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri program EduPelancongan ASEAN Classroom Plus (ACL+) selama empat hari bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia, baru-baru ini.

    Pelajar-pelajar yang telibat adalah dari Program Pengajian Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Sarjana Muda Syariah (BSL) iaitu Nur Aisyah binti Noor Razimi, Amyra Shaira binti Suherdy, Dayangku Siti Rasyidah Hannani binti Pengiran Dr Haji Mohamad Khairol Asmiee dan Dayangku Zati Hanani binti Pengiran Ibrahim.

    Terdahulu, hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Dekan FUUSHHB, Profesor Madya Dr Ahmad Masum; Ketua Program Prasiswazah di FUUSHHB, Dr Yusuf Sani Abubakar; dan Ketua Program Siswazah di FUUSHHB, Dr Yusuf Ibrahim Arowosaiye.

    Antara tujuan program tersebut ialah untuk memberikan pendedahan menerusi perbincangan undang-undang seterusnya meningkatkan kesedaran pelajar terhadap undang-undang antarabangsa melalui perbincangan intelektual dan pertukaran ilmu pengetahuan sesama peserta mahupun ahli-ahli profesional undang-undang.

    Selain itu, penglibatan yang aktif oleh peserta sepanjang program tersebut dihasratkan untuk membangunkan kemahiran penting seperti komunikasi silang budaya, kerja berpasukan dan pemikiran kritis.

    Gambar ramai peserta sebelum berlepas. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda