Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam pemandu dikenakan kompaun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Enam orang pemandu daripada lima buah syarikat pengangkutan telah dikenakan kompaun antara $50 hingga $500 kerana membawa lebih berat muatan semasa beberapa rondaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan JPD, dalam rondaan pada 14, 20 dan 21 Jun itu, salah seorang pemandu berkenaan bukan sahaja dikeluarkan kompaun malah dikenakan enam mata demerit SiKAP kerana memandu kenderaan dengan tayar dalam keadaan kurang baik atau botak.

    JPD juga telah mengeluarkan notis penggantungan sementara Lesen Sewa dan Upah tiga bulan terhadap Syarikat Haji Zaini HZ TRANSPORT yang mana pemandu syarikat tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak $500 kerana melakukan kesalahan kali keempat membawa lebih berat muatan.

    JPD dalam kenyataannya turut menekankan bahawa pihak mereka akan terus mengadakan operasi di jalan-jalan raya di negara ini bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan orang ramai khususnya para pengguna jalan raya adalah terjaga.

    Antara kenderaan berat yang dikenakan kompaun $300 kerana kesalahan membawa lebih berat muatan buat kali ketiga.

    Mana-mana pemandu yang tidak mematuhi akta dan peraturan lalu lintas jalan raya akan dikenakan kompaun dan mata demerit SiKAP.

    Manakala Lesen Sewa dan Upah syarikat pengangkutan juga akan digantung bagi tempoh tiga bulan.

    JPD juga terus mempelawa orang ramai dalam sama-sama meningkatkan keselamatan jalan raya dan boleh menghadapkan aduan yang berkaitan dengan kesalahan lalu lintas jalan raya dengan menghubungi Hotline Bahagian Penguatkuasaan JPD

    dan aplikasi Whatsapp Penguatkuasaan JPD di talian 7292017 atau aplikasi WhatsApp Talian Darussalam 8333123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda