Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Eriksen dipilih wakil Denmark dalam Piala Dunia

    COPENHAGEN, 8 NOV – Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen, yang mengalami serangan jantung sewaktu aksi EURO 2020, adalah salah seorang daripada 21 pemain dinamakan Kasper Hjulmand hari ini dalam skuad Piala Dunia Denmark dengan jurulatih itu dijangka memuktamadkan baki lima lagi pemain tidak lama lagi. Senarai penuh mesti dihantar sebelum Isnin depan, sehari sebelum pasukan tersebut berlepas ke Qatar.

    “Ada 10 hingga 12 pemain bersaing untuk mendapatkan tempat terakhir,” kata Hjulmand.

    “Banyak yang boleh berlaku. Ia tidak pasti, tetapi ia laluan yang betul. Ada baki dua perlawanan untuk kebanyakan pemain dan ia boleh berubah.”

    Eriksen tidak bermain selama lapan bulan selepas rebah ketika perlawanan pembukaan Denmark pada Kejohanan Eropah berdepan Finland di Copenhagen pada 12 Jun tahun lalu.

    Dia terpaksa mendapat rawatan di padang, terbaring tidak sedarkan diri untuk beberapa minit ketika penonton dan jutaan lagi di depan televisyen menyaksikan insiden mengejutkan itu.

    Eriksen menghabiskan beberapa hari di hospital dan alat perentak jantung ditanam ke dalam badan untuk membantu degupan jantungnya seterusnya membantu pemain itu berhijrah dari Inter Milan ke Brentford.

    Pemain biasa skuad kebangsaan, kapten Simon Kjaer juga berada dalam senarai walaupun tiada tempat buat masa ini untuk pemain pertahanan Leicester, Jannik Vestergaard serta penyerang Leipzig, Yussuf Poulsen. – AFP

    Aksi Eriksen (kanan), bersaing dengan Ollie Watkins dalam perlawanan antara Aston Villa dan Manchester United di Villa Park, Birmingham, England. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...