Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Peminat tegur Uyaina Arshad semakin berisi

    Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengaku berdepan dengan masalah berat badan selepas melahirkan putera sulungnya, Raja Urhan pada 8 September lalu.

    Kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, meskipun sedih berat badannya belum mencapai tahap ideal namun itu adalah kebenaran yang perlu dihadapinya.

    “Paling menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin rasa macam tengah mengandung empat bulan.

    “Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” katanya. Uyaina berkongsi mengenai keadaannya selepas bersalin di Instagram Story selepas mendapat pertanyaan daripada peminat.

    “Lepas bersalin, badan makin berisi… Maaf ya Uyaina,” kata pengikutnya. Dalam pada itu, Uyaina berkata, agak sukar untuk menurunkan berat badan lebih-lebih lagi apabila dia bersalin secara pembedahan.

    Tambahnya, dia juga sedang berusaha mendapatkan kembali berat badan ideal selain menjaga pemakanan dan mengamalkan diet sihat.

    “Sekarang saya dah dua bulan bersalin. Usaha juga nak turunkan berat badan, nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan.

    “Tapi perlahan-lahan terutamanya sebab saya bersalin secara pembedahan. Slowly but surely,” katanya. Untuk rekod, Uyaina dan suami, Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021. – Agensi

    Uyaina sedih berat badan naik selepas bersalin anak sulung. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...