Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Patung gangsa berusia 2,000 tahun ditemui

    ROM, 8 NOV – Pihak berkuasa Itali hari ini mengumumkan penemuan luar biasa patung gangsa berusia lebih daripada 2,000 tahun dalam mata air panas Tuscan dan berkata penemuan itu akan ‘melakar semula sejarah’ mengenai peralihan tamadun Etruscan sehingga Empayar Rom.

    Penemuan di tapak arkeologi San Casciano dei Bagni berdekatan Siena, adalah salah satu yang paling penting di Mediteranean sejak penemuan pahlawan gangsa Riace dalam air pada 1972, kata Massimo Osanna, pengarah muzium Kementerian Kebudayaan.

    Patung berkenaan masih terpelihara dalam keadaan baik disebabkan lumpur yang melindunginya. Inskripsi dalam bahasa Etruscan dan Latin masih dapat dilihat termasuk nama keluarga berpengaruh Etruscan. Selain patung, 5,000 syiling emas, perak dan gangsa juga ditemui, kata kementerian.

    Disebabkan penemuan itu adalah penting, kementerian telah mengumumkan pembinaan sebuah muzium baharu di kawasan itu untuk menempatkan barang purba berkenaan. – AFP

    Gambar serahan Kementerian Budaya Itali menunjukkan ahli arkeologi bekerja di tapak penemuan patung gangsa di mata air panas Tuscan di San Casciono dei Bagni, tengah Itali. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...