Thursday, May 1, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Esma Daniel tinggalkan tabiat merokok

    Serangan angin ahmar pada November tahun lalu cukup membuatkan pelakon Esma Daniel insaf dan mengubah gaya hidup lebih sihat.

    Esma atau Esma Daniel Md Isa, 56, berkata, selepas kejadian itu dia mula meninggalkan tabiat merokok selepas 30 tahun menjadi perokok tegar.

    Kata pelakon ini, perasaan bimbang dan takut kembali diserang strok membuatkan dia tidak teragak-agak mengambil keputusan tersebut demi kesihatannya.

    “Sudah 30 tahun saya menjadi perokok tegar. Tapi kali ini antara hidup dan mati. Bila dekat hospital saya panik terus tak berani sentuh rokok lagi.

    “Rasa tak berani dan takut. Kena ingat benda yang menakutkan baru menjadi,” katanya kepada mStar.

    Esma semakin sihat selepas berhenti merokok. – mStar

    Cerita Esma, bukan mudah untuknya meninggalkan tabiat tersebut malah dia juga mengalami keresahan pada minggu pertama tidak menghisap rokok.

    Bagi mengelakkan dia kembali ke rutin tersebut, dia juga menggantikan rokok dengan sesuatu yang manis.

    “Minggu pertama adalah paling susah. Memang terkesan sebab sudah tak tinggal rutin yang selalu saya buat.

    “Saya memang susah tidur tapi selepas seminggu InsyaAllah semua sudah boleh dikawal.

    “Kalau dulu saya akan hisap rokok selepas makan tapi sekarang saya akan ganti dengan sesuatu yang manis,” katanya lagi.

    Kata Esma, pemikiran juga memainkan peranan penting bagi meninggalkan tabiat buruk itu.

    Jelasnya, perasaan ingin mencuba-cuba juga akan menjadi punca seseorang perokok itu kembali ke tabiat lama.

    “Jangan fikir nak cuba-cuba terutama bila lepak bersama rakan yang merokok. Itu tidak boleh!

    “Tapi saya sekarang sudah OK. Kalau lepak atau bau rokok saya tiada masalah,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda