Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Etiopia lantik Menteri Luar sebagai Presiden baharu

    ADDIS ABABA, 8 OKT – Menteri Luar Etiopia, dilantik sebagai Presiden baharu negara itu kelmarin, menggantikan Sahle-Work Zewde yang telah berkhidmat selama enam tahun.Pelantikan itu berlaku selepas tempoh perkhidmatan Sahle-Work tamat.

    Taye Atske Selassie, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wakil tetap Etiopia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mengangkat sumpah di hadapan Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Persekutuan Etiopia.

    Dalam ucapan pertamanya sebagai presiden, Taye menekankan kepentingan perpaduan negara dan menyeru rakyat Etiopia untuk bersatu dalam usaha membangunkan negara.

    Beliau turut menegaskan perlunya menghindari sebarang ideologi yang boleh memecah belah rakyat dan menyatakan komitmennya untuk menghadapi cabaran sosioekonomi dan tadbir urus yang dihadapi negara itu.

    Presiden baharu itu berkongsi matlamat kerajaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.4 peratus tahun ini.

    Usaha sedang dijalankan untuk menangani masalah inflasi, kekurangan mata wang asing serta membangunkan sektor pertanian yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda