Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Euro 2024: Clarke tuntut penjelasan

    LONDON, 24 JUN – Ketua jurulatih Scotland, Steve Clarke menuntut penjelasan mengenai insiden penalti selepas Scotland tersingkir dengan kekalahan 0-1 kepada Hungary, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Dalam perlawanan Kumpulan A di Stuttgart, pemain gantian Stuart Armstrong terjatuh dalam kotak penalti Hungary pada separuh masa kedua, tetapi pengadil dari Argentina, Facundo Tello meneruskan permainan.

    Kemudian, pemain gantian Kevin Csoboth menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat terakhir 10 minit masa tambahan. Kekalahan itu menyebabkan Scotland berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan satu mata dan tersingkir dari kejohanan.

    Pengurus Scotland itu mengakui merasa ‘sedih dan kecewa’ dengan penyingkiran pasukannya tetapi tegas mengenai tuntutan penalti itu.

    “Seseorang perlu jelaskan kepada saya mengapa itu bukan penalti. Ia 100 peratus adalah penalti. Jika kami diberikan penalti, mungkin malam ini berbeza,” katanya. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...