Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Everton kejutkan Newcastle

    LIVERPOOL, 8 DIS – Everton menjaringkan tiga gol pada 11 minit terakhir untuk keluar dari zon penyingkiran dalam saingan Liga Perdana, meskipun dikurangkan 10 mata ketika Newcastle dikejutkan 3-0 di Goodison Park, kelmarin.

    Dwight McNeil, Abdoulaye Doucoure dan Beto masing-masing meledak gol ketika The Toffees meneruskan rentak cemerlang walaupun terjejas akibat hukuman paling berat pernah dikenakan dalam sejarah Liga Perdana kerana melanggar peraturan kewangan.

    Newcastle menerima padah selepas dua kesilapan luar biasa oleh pemain antarabangsa England, Kieran Trippier ketika keletihan melanda pasukan yang penuh dengan kecederaan pada minit-minit akhir perlawanan.

    McNeil menyambar peluang untuk menjaringkan gol ke sudut atas 11 minit sebelum Doucoure menjamin kemenangan kelima dalam tujuh perlawanan untuk Everton.

    Pemain gantian, Beto melengkapkan kemenangan dengan gol Liga Perdana pertamanya pada masa kecederaan.

    Kemenangan itu membawa Everton satu mata di hadapan tiga tercorot dan sepatutnya berada di kedudukan 10 teratas sekiranya tidak dikenakan pemotongan mata.

    “Musim ini, selain daripada pemotongan 10 mata, kami telah berada dalam prestasi yang hebat,” kata pengurus Everton, Sean Dyche.

    Penyokong Everton terkejut dengan ketidakadilan yang diterima usulan dengan tindakan keras pemotongan mata, dan suasana yang riuh rendah di Goodison mendapat mengurangkan sedikit kedukaan.

    Sejak Mac, Everton hanya mencatatkan dua kemenangan di tempat sendiri di Liga Perdana dan kedua-duanya menentang Bournemouth.

    “Kami mempunyai beberapa pemain berbakat tetapi awda perlu memberikan sepenuh jiwa dan terdapat hubungan itu dengan peminat kerana mereka melihat sekumpulan orang yang memberikan segala-galanya,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Dwight McNeil selepas menjaringkan gol semasa perlawanan di Stadium Goodison Park, 7 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...