Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Syarat kos sara hidup pelajar antarabangsa dinaikkan

    OTTAWA, 8 DIS – Kerajaan Kanada bakal memperkenalkan syarat baharu kos sara hidup untuk pelajar antarabangsa yang akan tiba pada 1 Januari 2024, lapor Xinhua.

    Menteri Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Marc Miller dalam satu kenyataan berkata seorang pemohon tunggal perlu mempunyai sejumlah AS$15,181 sebagai tambahan kepada yuran pengajian tahun pertama dan kos perjalanan.

    Sebelum ini, syarat kos sara hidup bagi pemohon permit pengajian ditetapkan pada AS$7,357.

    “Keperluan kewangan tidak seiring dengan kos sara hidup dari semasa ke semasa, menyebabkan pelajar yang tiba di Kanada mempunyai dana yang tidak mencukupi,” menurut kenyataan itu.

    Miller berkata keperluan itu akan diselaraskan setiap tahun apabila Statistics Canada mengemas kini low-income cut-off (LICO). LICO mewakili pendapatan minimum yang diperlukan untuk memastikan bahawa seseorang tidak perlu memperuntukkan kos lebih tinggi. Beliau berkata menjelang semester September 2024, beberapa langkah akan dilaksanakan, bertujuan untuk memastikan institusi pengajian menyediakan sokonga dan bantuan yang secukupnya untuk pelajar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...