KUALA LUMPUR, 2 Feb – ExcelForce, firma penyedia penyelesaian teknologi maklumat untuk syarikat kewangan di Asia Tenggara, mengumumkan kerjasama dengan Ullink, penyedia global bagi dagangan elektronik dan penyelesaian kesalinghubungan untuk komuniti kewangan.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, ExcelForce berkata perkongsian strategik itu membolehkan pelanggannya memanfaatkan platform kesalinghubungan global NYFIX oleh Ullink, sekali gus menyepadukan perkhidmatan dan teknologi kedua-dua pihak.
“ExcelForce mencari rakan kongsi berpotensi untuk meningkatkan dan memperluaskan sambungan dagangan pelanggan dengan pertukaran antarabangsa dan komuniti global secara ketara.
“Susulan daripada perkongsian dengan Ullink, pelanggan ExcelForce kini diberi jaminan akses siap guna kepada rangkaian perkhidmatan perdagangan yang luas dengan sambungan yang diwujudkan kepada setiap rakan dagangan,” menurut syarikat itu. – Bernama