Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Rancangan Express E-Hits yang dihasratkan menjadi platform untuk menyokong industri kreatif di negara ini khususnya dalam bidang penciptaan lagu telah mendapat tajaan daripada dua buah syarikat dengan majlis penandatanganan perjanjian tajaan telah diadakan hari ini.
Majlis berlangsung di Studio 4, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar di mana menandatangani bagi pihak RTB ialah Pemangku Pengarah, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim manakala itu, syarikat-syarikat penaja iaitu Spacebar Enterprise dan Bruheal Enterprise diwakili oleh Pengiran Farhana binti Pengiran Haji Bujang.
Rancangan hiburan itu telah bersiaran secara langsung sejak 5 September lalu setiap Sabtu di RTB Aneka, Pelangi FM dan RTBGo GoLIVE.
Penganjuran rancangan berkenaan juga dihasrat dapat memberi galakkan kepada komposer dan penyanyi tempatan untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.
