Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ezuwan Ismail tenang busana Miss Universe Malaysia kena kutuk

    Pereka fesyen Malaysia, Ezuwan Ismail tenang apabila busana rekaannya buat model Sandra Lim yang mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73 mendapat kecaman warganet.

    Ezuwan, 42, berkata, walaupun kecaman dilontarkan meninggalkan kesan kepada emosinya namun percaya sudah memberikan terbaik menerusi rekaan dihasilkan untuk tatapan dunia yang menonton pertandingan tersebut.

    “Secara jujurnya saya tak baca komen warganet tentang baju rekaan saya selama ini.

    “Saya takut nak baca tapi ada ternampak satu komen mempersoalkan kredibiliti saya dan mempersoalkan rekaan yang dihasilkan.

    “Pedas komen itu tapi saya sudah lakukan terbaik, takkan nak buat baju buruk pula untuk bagi satu dunia tengok?,” katanya kepada mStar.

    Busana yang dipakai oleh Sandra mendapat perhatian ramai. – mStar

    Berkongsi lanjut, Ezuwan bagaimanapun mengambil kecaman tersebut dari sudut positif dalam memperbaiki hasil kerjanya selepas ini.

    “Tapi kecaman yang diterima itu saya ambil untuk ke arah positif dengan akan kerja lebih keras pada masa hadapan.

    “Apa yang penting sekarang adalah kita sebagai rakyat Malaysia doakan terbaik buat Sandra pada malam final nanti,” jelasnya.

    Sementara itu, Ezuwan berkongsi dia perlu menyiapkan tiga busana buat Sandra dengan masa diperuntukkan selama tiga minggu.

    Jelas pereka fesyen itu lagi, ketiga-tiga kos bagi busana tersebut mencecah lebih RM150,000. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda