SILVERSTONE, 24 Feb – Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton menggesa peraturan baru Formula Satu, Liberty Media untuk mengemaskinikan sukan itu dengan membukanya kepada media sosial.
Pemandu Mercedes itu adalah pengguna tegar media sosial dan telah membangkitkan kemarahan pada Oktober lalu selepas menggunakan aplikasi foto Snapchat ketika sidang akhbar pemandu itu sebelum Grand Prix Jepun.
Dia percaya sukan seperti bola sepak, NBA dan NFL yang memanfaatkan media sosial dengan ‘lebih baik’ dan berkata dengan membolehkan pemandu untuk menggunakannya lebih bebas akan membantu menarik peminat baru terhadap sukan itu.
“Anda tidak dibenarkan untuk melakukannya dalam media sosial,” Hamilton memberitahu AFP ketika acara pelancaran musim Mercedes di Silverstone.
“Maksud saya, anda boleh merakamkan gambar dan memuat naiknya, tetapi (hanya itu). Semua orang memiliki telefon pintar, sebahagian besar orang menggunakan telefon pintar mereka dalam kehidupan seharian.
![Lewis Hamilton ketika majlis pelancaran kereta baru Mercedes W08 EQ Power+ F1. – AFP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/F1-piC-P23_250217.jpg)
“Semua orang mahukan tayangan langsung, eksklusif. Sesuatu yang kecil seperti saya dalam bilik saya, yang berkata, ‘Hai, saya bersedia bagi sesi saya, ini adalah sut saya.”
“Ia adalah perkara yang mahu dilihat orang ramai dan saya rasa mengecualikannya adalah sesuatu yang negatif bagi sukan itu, jadi membolehkan itu berlaku adalah menjadi sesuatu yang hebat.”
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 Hamilton sebagai pemandu F1 dan dia akan memulakan musim ini dengan rakan sepasukan baru selepas Valtteri Bottas yang menggantikan tempat Nico Rosberg.
Rosberg mengetepikan Hamilton dari Kejuaraan Pemanduan tahun lepas sebelum bersara dan dengan pemandu dari British itu sekarang berusia 32 gtahun, dia mengakui hari ketika dia keluar dari sukan itu sendiri akan tiba ‘tidak lama lagi’.
“Pada akhir setiap musim dan terutamanya pada awal setiap musim, apabila anda mengharungi latihan yang sukar, melihat bagaimana cergasnya anda.
“Saya berada dalam kereta itu hari ini dan saya merasakan, ‘Ah, saya masih boleh memandu!’ jadi ia adalah perkara yang bagus. – AFP