Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang

    KUALA LUMPUR, 14 MEI – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan pemain pada perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka, Ahad lepas.

    Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah menerima laporan lengkap mengenai kejadian yang disifatkan beliau sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.

    Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan tegas bakal diambil dalam usaha badan induk itu menoktahkan isu keganasan dalam bola sepak.

    “Bagi FAM kita pandang serius perkara sebegini, laporan lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk lihat langkah hukuman yang akan dikenakan.

    “Saya harapkan kalau tindakan tegas yang (boleh) kita akan ambil memandangkan di peringkat Piala Belia tak sepatutnya berlaku macam ini (pergaduhan).

    Piala Belia sekurang-kurangnya medan melahirkan pemain yang berdisiplin, beradab dan sebagainya,” katanya ketika ditemui, di sini.

    Mac lepas, FAM memberikan amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pergaduhan pada pertandingan Piala Presiden (Bawah 20 Tahun) dan Piala Belia (Bawah 18 Tahun) musim ini.

    Semalam, isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika aksi Kumpulan A Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC, Ahad lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...