Thursday, April 18, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Fasa keempat lepas air NPP bermula

    TOKYO, 28 FEB – Jepun hari ini mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berlangsung sehingga 16 Mac, menurut data Tokyo Electric Power Company (TEPCO).

    Pengendali loji itu merancang untuk melepaskan sebanyak 7,800 tan air ke Lautan Pasifik, lapor Sputnik.

    Tiga pusingan pelepasan air terawat sebelum ini dari NPP Fukushima telah dijalankan pada Ogos, Oktober dan November 2023.

    Jepun mula melepaskan sebahagian daripada anggaran 1.34 juta tan air terawat dari NPP Fukushima ke laut pada Ogos 2023 walaupun terdapat bantahan daripada negara jiran dan nelayan tempatan.

    Secara keseluruhan, lebih 31,000 tan air radioaktif terawat akan dilepaskan pada tahun fiskal 2023 yang berakhir pada 31 Mac.

    Keseluruhan proses dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 30 tahun. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah di bandar Okuma, timur laut Jepun, pada 24 Ogos 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China hantar lagi bantuan Palestin

    BEIJING, 17 APRIL - Barang bantuan kemanusiaan China untuk rakyat Palestin akan tiba di Lapangan Terbang Ei Arish dan Pelabuhan Said, Mesir masing-masing pada...