Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ferguson tamat peranan duta United akhir musim

    LONDON, 16 OKT – Alex Ferguson bakal menamatkan peranannya sebagai duta global Manchester United, yang dilaporkan bernilai AS$2.6 juta, pada akhir musim ini sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos kelab tersebut.

    Bekas pengurus berusia 82 tahun itu, yang mencipta nama sebagai salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak, memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua kejuaraan Liga Juara-juara Eropah dalam tempoh hampir 27 tahun di Old Trafford.

    Menurut laporan The Athletic, keputusan itu dibuat secara persetujuan bersama, dengan Ferguson bersedia untuk melepaskan peranannya apabila musim ini berakhir.

    Walaupun Ferguson, yang sering dilihat hadir di perlawanan sejak bersara pada 2013, tidak lagi bertindak sebagai duta, beliau akan kekal sebagai pengarah bukan eksekutif dalam lembaga pengarah kelab tersebut. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda