Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Feri terbakar berhampiran pulau Bali

    NUSA DUA, INDONESIA, 16 NOV – Sebuah feri yang membawa 271 orang penumpang terbakar di luar pulau peranginan Bali, Indonesia, namun tiada laporan segera mengenai korban jiwa dan usaha memindahkan mangsa masih dijalankan, menurut pegawai penyelamat hari ini.

    Feri Mutiara Timur 1 membawa 236 penumpang dan 35 kru ketika ia terbakar di Selat Bali, kira-kira 1.5 kilometer dari pantai Karangasem.

    Puluhan penyelamat, tentera laut dan nelayan tempatan cuba memindahkan penumpang ke dua buah kapal tentera laut dan tiada laporan segera mengenai kecederaan, menurut ketua agensi mencari dan menyelamat Bali, Gede Darmada.

    “Kami masih menumpukan usaha memindahkan penumpang,” kata Darmada, dan menambah punca kebakaran masih disiasat.

    Gambar-gambar dan video yang diterbitkan oleh Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan menunjukkan para penyelamat yang menaiki bot getah memindahkan penumpang ke sebuah kapal tentera laut ketika asap hitam keluar daripada feri yang terbakar.

    Feri tersebut menuju ke pelabuhan Lembar di wilayah Nusa Tenggara dari bandar Ketapang, Jawa Barat, menurut Darmada.

    Kemalangan di laut berpunca daripada lebih muatan dan standard keselamatan yang longgar sering berlaku di negara itu, di mana feri sering digunakan untuk pengangkutan.

    Pada 2018, feri yang lebih muatan yang membawa 200 orang penumpang karam di wilayah Utara Sumatera, mengorbankan 167 orang. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...