Friday, September 20, 2024
35.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fifa keluarkan ranking terkini dunia

    GENEVA, 20 SEPT – Argentina dan Perancis mengekalkan kedudukan dua teratas dalam Ranking Dunia Bola Sepak Lelaki FIFA yang dikeluarkan kelmarin, lapor Xinhua.

    Juara dunia Argentina kekal di puncak kedudukan dengan 1889.02 mata, manakala Perancis di tempat kedua dengan 1851.92 mata.

    Sepanyol berada di tempat ketiga dengan 1836.42 mata, diikuti oleh England (4), Brazil (5) dan Belgium (6). Sepuluh pasukan teratas tidak berubah dengan Belanda, Portugal, Colombia dan Itali menduduki tempat berikutnya selepas pasukan pendahulu.

    Sebanyak 184 perlawanan antarabangsa telah dimainkan pada bulan September dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2026, pertandingan benua dan perlawanan persahabatan di seluruh dunia.

    Jepun naik dua anak tangga ke tempat ke-16, Iran naik satu ke tempat ke-19, manakala Denmark turut berada dalam kelompok 20 teratas, menunjukkan peningkatan dalam kalangan pasukan yang mengejar ranking. – Bernama

    Pemain Argentina meraikan kemenangan menentang Chile dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 di Buenos Aires, Argentina, pada 5 September. Argentina kekal di puncak ranking terbaharu FIFA. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda