Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Firma UAE kendali pemeriksaan lapangan terbang Afghanistan

    KABUL, 3 JUN – Taliban telah melantik firma dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengendalikan pemeriksaan ke atas penumpang dan bagasi di lapangan terbang-lapangan terbang Afghanistan, ketika negara itu berusaha untuk mengembangkan penerbangan antarabangsa.

    Walaupun beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa beroperasi di satu-satunya lapangan terbang di luar Kabul, bantuan signifikan diperlukan bagi penerbangan luar utama untuk menyambung semula perkhidmatan mereka. Pengembalian operasi di lapangan terbang Kabul secara penuh – yang tidak menentu pada Ogos semasa penduduk awam ingin meninggalkan negara itu secara besar-besaran semasa Taliban kembali berkuasa – dilihat sangat penting untuk menghidupkan semula ekonomi Afghanistan.

    Firma GAAC yang berpangkalan di Abu Dhabi berkata ia akan mengendalikan pemeriksaan di lapangan terbang di Kabul, Herat, Kandahar dan Mazar-i-Sharif untuk tempoh tiga tahun akan datang.

    “Penandatanganan kontrak ini dijangka akan mengukuhkan keyakinan penerbangan asing untuk menyambung semula penerbangan mereka,” kata pengarah serantau GAAC, Ibrahim Morafi kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...