Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Skuad B-23 M’sia terkilan tewas di tangan Korea Selatan

    KUALA LUMPUR, 3 JUN – Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan Malaysia menerima kekalahan pertama dalam kempen Kejohanan Piala Asia B-23 2022 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, malam ini.

    Pada aksi di Stadium Lokomotiv itu, Korea Selatan di bawah bimbingan Hwang Sun-Hong ternyata berada di kelas tersendiri apabila lebih tenang menunggu masa tepat untuk meledakkan jaringan sementara kegopohan pasukan muda Malaysia di saat akhir membawa padah.

    Skuad kebangsaan bimbingan Brad Maloney yang memburu keputusan positif bagi mengubati kekecewaan di Sukan SEA ke-31 baru-baru ini, memulakan permainan dengan lebih banyak bertahan sebelum asakan demi asakan menyaksikan gawang negara akhirnya dibolosi pada minit ke-31.

    Jaringan tersebut dihasilkan oleh ketua pasukan Korea Selatan, Lee Sang-Min yang melompat tinggi untuk menanduk masuk sepakan penjuru sekali gus menjadi gol tunggal perlawanan di babak pertama.

    Korea Selatan kemudian hanya memerlukan empat minit selepas memulakan babak kedua untuk menggandakan jaringan menerusi Kim Tae-Hwan yang melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol kebangsaan, Muhammad Rahadiazli Rahalim. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -