Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fouziah Ghous dan suami tunai ibadah haji

    PELAKON Fouziah Gous telah mengongsikan maklumat bahawa dirinya turut berangkat ke Mekah bersama suaminya Zhafran Yosuf bagi mengerjakan ibadah haji.

    Fouziah menerusi laman Instagram miliknya memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kekhilafan dilakukan selama ini.

    “Di kesempatan ini, saya dan suami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan secara sengaja atau tidak yang kami lakukan sepanjang persahabatan dan perkenalan.

    “Mohon dihalalkan segala makan, minum dan hutang jika ada. Doakan kesihatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti,” tulisnya.

    Selain Fouziah, pelakon Betty Benafe dan Zahida Rafik juga antara jemaah Malaysia yang mengerjakan haji tahun ini. – Agensi

    Fouziah Gous dan suaminya Zhafran Yosuf telah berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda