Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Foxes ‘ngap’ the magpies

    LEICESTER, 30 SEPT – Steve Bruce menuduh pemainnya sebagai ‘tidak bersungguh-sungguh’ selepas Newcastle United dipalit kekalahan yang disifatkan ‘langsung tidak boleh diterima’ apabila dimalukan Leicester City 5-0, awal pagi tadi.

    Kekalahan besar dalam kempen Liga Perdana itu meningkatkan tekanan terhadap pengurus Magpies itu.

    Leicester kendalian Brendan Rodgers mengekalkan persembahan cemerlang pada permulaan musim apabila mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana selepas merangkul kemenangan keempat daripada lima perlawanan terakhir.

    Newcastle dalam pada itu menghuni tangga kedua tercorot selepas hanya menang satu daripada tujuh perlawanan dengan Bruce jelas berang dengan sikap pemainnya yang tampak seperti sudah menyerah kalah pada babak kedua dan berikrar ia tidak akan berulang.

    “Ia langsung tidak boleh diterima. Kad merah memang sukar tetapi kamu perlu lebih berusaha. Ia adalah satu daripada persembahan yang amat buruk,” kata Bruce.

    “Ia langsung tidak cukup baik. Kami perlu menunjukkan apa yang boleh kami lakukan, cuba bangkit daripada situasi yang sukar. Sejurus gol ketiga dijaringkan kami mulai mengalah. Kurang usaha memburu jaringan dan langsung tidak berusaha. Ia adalah perkara paling sukar untuk diterima.”

    Keputusan pemilik kelab, Mike Ashley untuk menggajikan Bruce tidak begitu disenangi peminat dan pengendali berusia 58 tahun itu sudah mulai merasai tekanan.

    “Satu-satunya perkara yang saya banggakan dengan diri saya adalah mengenai kejujuran. Saya hanya berada di sini selama beberapa minggu tetapi kamu belajar daripada persembahan seperti hari ini,” kata Bruce.

    “Saya sentiasa sedar yang ia adalah satu cabaran. Saya gembira mengambil cabaran itu tetapi mari kita berharap yang kita mampu mengubahnya. Saya masih mempunyai keinginan tinggi untuk melakukannya.” – AFP

    Pemain Leicester, Ricardo Pereira (kanan) meraikan jaringan semasa menentang Newcastle di Stadium King Power di Leicester, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda