Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabungan retro dan futuristik

    Jenama mewah yang terkenal di dunia, Mercedes-Benz sememangnya tidak asing lagi dengan imej mewah, eksklusif dan juga bertindak sebagai antara pelopor utama teknologi automotif global.

    Sejarah yang cukup kaya dimiliki oleh jenama automotif asal Jerman ini sudah sedia terlipat dalam sejarah mengenai kehebatannya. Justeru, tidak hairanlah setiap kali muncul di dalam mana-mana pameran auto, kenderaan komersial dan juga konsep Mercedes-Benz sentiasa berjaya menarik perhatian ramai terutamanya dalam kalangan penggemar kereta.

    Pada tahun 2019 semasa Frankfurt Show yang berlangsung beberapa minggu yang lalu, Mercedes-Benz sekali lagi menjadi antara topik yang paling hebat diperkatakan apabila memperkenalkan sebuah kereta konsep yang cukup menarik.

    Pengenalan kereta konsep EV diberi nama julukan Vision Mercedes Simplex, kereta konsep ini mengetengahkan idea elemen klasik dan juga futuristik. Pertembungan dua elemen yang sangat kontras ini lazimnya cukup sukar untuk divisualkan dengan berjaya.

    Namun begitulah yang telah dibuktikan oleh Mercedes-Benz menerusi Vision Mercedes Simplex. Model kereta konsep ini dihasilkan daripada inspirasi kereta klasik Mercedes iaitu 35 PS yang dikeluarkan pada tahun 1901.

    Sentuhan futuristik

    Rekaan klasik yang diberikan nafas futuristik ini membawa idea perubahan era baharu rekaan teknologi dalam industri automotif. Apa yang lebih penting, rekaan Vision Mercedes Simplex merupakan sebuah apresiasi unggul terhadap legasi sejarah jenama ini sejak sekian lama.

    Menurut Ketua Pegawai Rekaan Mercedes-Benz, Gorden Wagener mengakui bahawa Mercedes sahaja yang memiliki kekuatan jenama dan mampu menghasilkan rekaan simbiosis antara legasi sejarah dan juga masa depan.

    Ia merupakan simbol perubahan serta transformasi jenama mewah seperti Mercedes-Benz. Rekaan model istimewa ini mengekalkan elemen dua tempat duduk dengan rimmed rose gold dan gril housing panel paparan 3D.

    Di bahagian dalaman pula kokpitnya lebih bersifat minimalis dengan sentuhan rekaan ringkas yang relevan dengan trend gaya masa kini. – Agensi

    Pengenalan kereta konsep EV diberi nama julukan Vision Mercedes Simplex, kereta konsep ini mengetengahkan idea elemen klasik dan juga futuristik. – Agensi

    Rekaan klasik yang diberikan nafas futuristik ini membawa idea perubahan era baharu rekaan teknologi dalam industri automotif. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda