Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Gajah Asia juga berkabung, kuburkan anak gajah mati

    NEW DELHI, 1 MAC – Gajah Asia berkabung dan menguburkan anak-anaknya yang mati, menurut kajian saintis India yang memperincikan tingkah laku haiwan yang mengingatkan kepada upacara pengebumian manusia.

    Penyelidik mengenal pasti lima penguburan anak gajah yang dijalankan oleh mamalia gergasi di utara wilayah Bengal, India pada 2022 dan 2023, menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Threatened Taxa minggu ini.

    Mereka mendapati dalam setiap kes bahawa sekumpulan gajah membawa anak gajah yang mati dengan belalai dan kakinya sebelum menanamnya di dalam tanah dengan kakinya menghadap ke atas.

    “Melalui pemerhatian oportunistik, fotografi digital, nota lapangan dan laporan pemeriksaan bedah siasat, kami berpendapat bahawa bangkai-bangkai itu dikuburkan dalam gaya baring yang tidak normal tanpa mengira sebab-sebab kematian anak gajah itu,” kata kajian tersebut.

    Dalam satu contoh, sekumpulan gajah itu menempik dan meniup belalai dengan kuat di sekeliling anak gajah yang dikebumikan, tulis pengarang. – AFP

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...