Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Lebih 30 sertai Sukan StanChart

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Lebih 30 kakitangan Standard Chartered (StanChart) Brunei tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan Sukan StanChart bersama lapan pasaran StanChart lain seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 27 Oktober lalu.

    Dianjurkan oleh StanChart Malaysia, acara tersebut kembali lagi pada tahun ini selepas terhenti akibat pandemik. StanChart Brunei telah bertanding dalam boling, futsal, golf, renang dan tenis dalam acara tersebut.

    Pada akhir pertandingan, StanChart Brunei membawa pulang dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

    Sukan StanChart kali pertama diperkenalkan pada tahun 1980an antara StanChart Singapura dan Malaysia, kemudian diperluaskan untuk merangkumi Brunei dan pasaran lain.

    Tahun ini merupakan tahun ke-6 StanChart Brunei telah menyertai acara tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank StanChart, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim bergambar ramai bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Sukan StanChart di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN STANCHART
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...