Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaza berdepan bencana kemanusiaan, perlukan bantuan

    KUALA LUMPUR, 12 OKT – Situasi terkini di Gaza semakin meruncing apabila jumlah kematian melibatkan orang awam terus meningkat di tengah-tengah pencerobohan dan sekatan menyeluruh oleh rejim Israel.

    Penyelaras Misi Keamanan Global Malaysia (GPM) di pusat kemanusiaan di Gaza, Dr Tareq M. Altalmas berkata bekalan keperluan asas termasuk air dan elektrik terjejas teruk, menjadikan kehidupan lebih sukar bagi penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal.

    Beliau berkata talian telekomunikasi tidak berfungsi di kebanyakan bahagian.

    “Pengeboman berterusan tanpa amaran awal, mengorbankan keluarga, kanak-kanak dan wanita dalam sekelip mata,” katanya kepada Bernama menerusi pesanan dari medan pertempuran (ground zero).

    Tareq yang mengendalikan pusat itu bersama 10 sukarelawan Palestin berkata walaupun keganasan berterusan, pusat itu telah melakukan yang terbaik dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

    “Kami menghadapi masalah untuk bergerak di darat ekoran pengeboman yang berterusan kerana tiada garis merah bagi pasukan penjajah Israel. Wartawan, pasukan perubatan, orang awam setiap seorang daripada mereka boleh menjadi sasaran Israel,” katanya. – Bernama

    Askar Israel di sempadan Gaza pada 12 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda