Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    GBC Give Away Sahur Sengkarai raih sambutan hebat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 15 APRIL – Green Box Corner (GBC) Give Away Sahur Sengkarai yang diadakan pada bulan suci Ramadan baru-baru ini telah memberikan peluang kepada para pelanggan untuk memenangi pelbagai hadiah setelah membuat pembelian minimum.

    Menerusi inisiatif berkenaan juga menarik lebih ramai pengunjung untuk sama-sama memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga tempatan lain yang turut terlibat semasa Sahur Sengkarai diadakan.

    Perkara tersebut disampaikan oleh Pengurus GFC, Dayang Maslinda binti Ali pada Majlis Pelancaran Pertukaran Nama Baharu Syarikat GBC kepada GFC yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Muhammad Sofian bin Haji Basri. Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai dan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta penduduk sekitarnya.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah GBC Give Away Sahur Sengkarai kepada 20 pemenang terpilih.

    GBC Give Away Sahur Sengkarai merupakan gerai pop up yang mendapat sambutan positif dan memberangsangkan kerana tempatnya yang strategik, antara Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait.

    Gerai berkenaan dianjurkan oleh peniaga tempatan dan disokong oleh Majlis Perundingan Kampung Sengkarai.

    Ia memudahkan para pengunjung untuk singgah membeli makanan dan minuman daripada lebih 20 vendor tempatan untuk bersahur sebelum subuh pada bulan Ramadan.

    Awang Muhammad Sofian, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz, pegawai kanan kerajaan serta penduduk sekitarnya ketika hadir pada majlis di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...