Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM630,000

    KUCHING, 15 APRIL – Polis Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM639,000 dalam serbuan berasingan di kawasan Miri, bahagian utara Sarawak pada Jumaat lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata dalam operasi pukul 10 malam itu, dua lelaki, masing-masing berumur 26 dan 33 tahun yang menjadi pengedar dadah dengan upah antara RM2,000 hingga RM5,000 turut ditahan.

    “Lelaki berumur 26 tahun itu telah ditangkap di hadapan sebuah pusat hiburan di Miri dan merampas 31.73 gram dadah jenis syabu. Berikutan itu, dengan dipandu arah oleh suspek, pasukan polis telah menahan seorang lelaki berumur 33 tahun di sebuah kondominium dan merampas sejumlah 16,197 gram syabu, 198 gram ketamin dan 3,750 biji pil Erimin 5,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mancha berkata jumlah keseluruhan rampasan dadah yang bernilai RM639,250 itu dianggarkan boleh digunakan oleh sejumlah 85,194 penagih.

    “Polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Proton Wira bernilai RM10,000 dan seutas jam tangan bernilai RM5,000.

    “Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif methamphetamine dan amphetamine,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...