Tuesday, November 26, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba tingkatKAN risiko gangguan elektrik

    SYDNEY, 25 NOV – Negeri paling ramai penduduk di Australia berdepan peningkatan risiko gangguan bekalan elektrik yang tinggi berikutan ramalan gelombang haba yang melanda, menurut Pengendali Pasaran Tenaga Australia (AEMO) hari ini.

    AEMO mengeluarkan amaran risiko gangguan elektrik untuk negeri New South Wales (NSW), termasuk Sydney, dari Selasa hingga Khamis dengan permintaan elektrik dijangka meningkat disebabkan cuaca panas, lapor Xinhua.

    Suhu maksimum di Sydney dijangka mencecah 31 darjah Celsius (C) pada Selasa dan 33 darjah C pada Rabu. Di kawasan lain di negeri yang mempunyai 8.4 juta penduduk itu, suhu diramalkan melebihi 39 darjah C.

    Biro Meteorologi (BoM) kelmarin mengeluarkan amaran gelombang haba untuk sebahagian besar pantai timur negeri yang padat penduduk selama tiga hari mulai Isnin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda