JAKARTA, 3 JULAI – Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda wilayah timur Papua, Indonesia hari ini, namun tidak mencetuskan tsunami, kata seorang pegawai.
Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu sebelumnya mengeluarkan kekuatan gempa pada 6.2 magnitud sebelum menyemaknya, menurut Daryono, ketua bahagian mitigasi gempa dan tsunami agensi tersebut.
Gempa bumi itu berlaku pada 9:51 pagi waktu Jakarta (0251 GMT), dengan pusat gempa di 79km barat daya daerah Keerom dan pada kedalaman 10km, kata pegawai itu.
Gegaran-gegaran gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan ombak gergasi, tambahnya. – Xinhua
