Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Agih bendera kecil di sekolah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 15 FEB–Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-39 yang bakal tiba tidak lama lagi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengedarkan bendera meja kecil untuk pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, Arab dan agama, hari ini.

    Di Daerah Belait, majlis pengagihan telah diadakan di Sekolah St John di mana seramai 160 pelajar menerima bendera tersebut, yang dihadiri oleh Ketua Kluster Enam, Jabatan Sekolah-sekolah, Dayang Halizawati binti Haji Kepli selaku tetamu kehormat.

    Hadir mengalu-alukan rombongan yang diketuai tetamu kehormat ke sekolah itu ialah Pengetua, Dr Teh Keng Watt.

    Selepas nyanyian lagu kebangsaan, bendera meja mini diedarkan kepada setiap kelas oleh tetamu kehormat dan diterima oleh wakil kelas masing-masing.

    Pelajar turut menyanyikan dan mengibarkan bendera mini mengikut alunan lagu patriotik ‘Berkibarlah Bendera’.

    Bendera mini Negara Brunei Darussalam kelihatan di meja para pelajar di Sekolah St John, Kuala Belait. Sempena Hari Kebangsaan ke-39 yang bakal menjelang, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama mula mengedarkan bendera mini untuk pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, Arab dan agama di seluruh negara. – Gambar oleh Daniel Lim

    Wakil-wakil kelas menerima bendera kecil daripada Dayang Halizawati.
    Para pelajar mengibarkan bendera kecil sambil menyanyikan lagu patriotik.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...