Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Geraint Thomas siap sedia hadapi cabaran Giro d’Italia

    MILAN, 2 MEI – Geraint Thomas kelmarin berkata dia dan pasukannya, Ineos Grenadiers bersedia untuk menjulang gelaran Giro d’Italia pada laluan yang sepatutnya sesuai dengannya berbanding edisi tahun lalu.

    Naib juara dalam Giro 2023, Thomas mendahului perlumbaan sehingga ujian masa gunung pada hari ke-20 di mana dia dipintas oleh pemenang akhir, Primoz Roglic.

    Tetapi Thomas kini kembali untuk mencuba lagi dalam perlumbaan selama 21 hari yang akan bermula pada Sabtu.

    “Tidak ada ujian masa gunung yang tidak masuk akal tahun ini,” kata bekas juara Tour de France berusia 37 tahun itu.

    “Saya harap saya dapat memperoleh beberapa kelebihan dalam ujian masa,” katanya mengenai dua segmen individu yang mencakupi 71km dalam edisi itu.

    Thomas menyatakan bahawa dia gembira untuk memulakan laluan sepanjang 3,400km sebagai pilihan kedua, di belakang bintang ternama, Tadej Pogacar.

    “Pogacar belum memenanginya lagi, dan kehadirannya mengurangkan tekanan pada kami kerana kami tidak dijangka menang.

    “Namun, ini merupakan tugas berat bagi kami.

    “Dia adalah salah satu yang terhebat. Kami akan menyahut cabaran ini. Ini adalah Giro dan banyak perkara baik atau buruk yang boleh berlaku,” ujarnya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...