Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    10 maut, 21 hilang akibat hujan lebat

    RIO DE JANEIRO, 2 MEI – Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban akibat banjir yang disebabkan hujan lebat di selatan Brazil, kata pihak berkuasa hari ini, ketika penyelamat mencari puluhan individu yang dilaporkan hilang.

    Banjir di negeri Rio Grande do Sul telah menyebabkan kira-kira 3,300 orang kehilangan tempat tinggal di lebih 100 bandar raya, kebanyakannya telah dipindahkan ke tempat perlindungan.

    Presiden Luiz Inacio Lula da Silva mengumumkan beliau akan melawat kawasan itu, yang menurut gabenor Eduardo Leite sedang berhadapan dengan bencana terburuk dalam sejarah negara.

    Leite menyatakan bahawa usaha untuk mencari mangsa yang hilang sedang diteruskan walaupun lebih banyak hujan lebat diramalkan.

    Dia juga meminta bantuan dalam bentuk tenaga anggota yang ‘dilatih untuk situasi huru-hara dan peperangan’.

    Hujan yang berterusan telah memusnahkan jambatan dan menyekat jalan raya, menyebabkan beberapa komuniti di negeri itu terputus.

    “Kami kehilangan segala-galanya, makanan dan segala yang kami ada di rumah,” kata Adriana Salete Gas dari bandar Santa Cruz do Sul kepada media tempatan.

    “Rumah kami setinggi dua meter akan tetapi masih dinaiki air,” tambahnya.

    Pihak berkuasa telah menggesa orang ramai agar mengelakkan kawasan di sepanjang lebuh raya negeri kerana risiko banjir lumpur, dan mereka yang tinggal berhampiran sungai atau di lereng bukit untuk berpindah.

    Sejak Selasa, pasukan penyelamat dan askar bertungkus-lumus membebaskan keluarga yang terperangkap di rumah mereka, ramai yang terperangkap di atas bumbung dan tidak dapat melarikan diri dari air yang semakin meningkat.

    Timbalan gabenor negeri, Gabriel Souza, berkata ganti rugi dianggarkan berjumlah AS$20 juta. – AFP

    Orang awam memerhati jalan yang dinaiki air selepas hujan lebat di Encantado, Rio Grande do Sul, Brazil pada 1 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...